Tuesday, November 9, 2010

Pengenalan

 
Rasulullah SAW bersabda:¡°Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).¡± (Muttafaqun ¡®alaih)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: ¡°Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah).¡± (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

Rasulullah SAW: ¡°Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah al hijamah.¡± (HR. Ahmad, shahih)

Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda " Sesungguhnya aku telah melalui beberapa kumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata: ‘Wahai Muhammad suruhlah umat Mu berbekam’ 

APA ITU BEKAM ?
Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit dan selamat tanpa ada kesan sampingan.


BEKAM DARI SUDUT KESIHATAN 
Masalah peredaran
darah boleh terganggu dengan berbagai keadaan antaranya ialah:
1) Oksigen yang berkurangan menyebabkan berlakunya kecacatan pada sel-sel
darah merah yang dinamakan ‘darah kotor’. Darah kotor akan terpendam di bawah kulit (scurf rim) menyebabkan system imuniti merosot. Bagi mengeluarkan darah kotor ini kaedah yang paling baik ialah berbekam. Titik bekam perlu diteliti dengan cermat agar kesembuhan boleh berlaku.
2) Allah menciptakan didalam tubuh manusia suatu medan yang dinamakan Medan Elaktromagnet (MEM) yang berperanan membetulkan neutrotransmiter (penghantar signal saraf) dan precursor hormon. Sekiranya MEM ini terganggu maka akan mengganggu kestabilan system hormon, system saraf dan system imuniti tubuh. Ini juga akan menyebabkan hormone kortisol bertambah dan berlakunya penuaan, menurunnya hormone testosterone, anti pertumbuhan dan kekurangan insulin. Ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada tubuh ini menyebabkan peredaran
darah juga terganggu kerana aliran darah ditentukan daripada kerja hormone dan diaktifkan melalui penyelarasan MEM. Di antara cara yang paling baik untuk membetulkan MEM ialah dengan berbekam

BEKAM DARAH AMAT BERKESAN DALAM MERAWAT PENYAKIT

Banyak penyakit-penyakit serius dan kronik seperti:
- Stroke                                                 - Eczema(Gatal Kulit
- Darah Tinggi                                        - Senggugut
- Kencing Manis                                     - Haid Tidak Teratur 
- Hati                                                     - Kebas Kaki Tangan
- Migraine                                              - Asma (Lelah)
- Lenguh Tubuh Badan                             - Sakit Tulang Belikat
- Angin                                                  - Gout
- Resdung (sinus)                                   - Bisul Badan
- Jerawat                                               - Sakit Sendi
- Sembelit                                             - Lemah Tenaga Batin

 Semua penyakit tersebut adalah secara langsung dan tak langsung berpunca daripada perjalanan darah yang tidak lancar atau tersekat. Ini disebabkan oleh darah kotor yang menyumbat pembuluh darah dan seterusnya mengurangkan bekalan darah masuk dan keluar kepada sel, tisu dan organ yang menyebabkan rasa sakit, rasa tak selesa, keradangan, kebas, lumpuh dan lain-lain simptom penyakit. Bekalan darah yang membawa oksigen, makanan, enzim dan hormon kepada sel, tisu dan organ sangat penting untuk kesihatan dan kecergasan hidup. Begitu juga jika pengaliran keluar darah daripada sel, tisu dan organ yang disekat oleh darah kotor akan mengumpul gas karbon dioksida, sisa metabolisma, sisa toksik akan menyebabkan penyakit serius. Rawatan Bekam sangat berkesan untuk mengeluarkan darah kotor daripada badan kita dan jika diamalkan kerapkali dapat mencegah penyakit dan menyembuh penyakit-penyakit yang kronik.

FAEDAH RAWATAN BEKAM DARAH
1.Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit 

   disebabkan oleh pengambilan ubat ubatan(pil) secara berlebihan.
2.Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
3.Memulihkan sistem badan supaya berfungsi dengan baik.
4.Melancarkan pengaliran oksigen keseluruhan tubuh bagi membolehkan badan kembali 

    sihat.
5.Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
6.Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
7.Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

SEJARAH BEKAM
 Hijamah/bekam/cupping/Blood letting/kop/chantuk dan banyak istilah lainnya sudah dikenal sejak zaman dulu, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babilonia, Mesir, Saba, dan Persia. Pada zaman Rasulullah, beliau menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk tinggi. Pada zaman China kuno mereka menyebut hijamah sebagaiperawatan tandukkerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila disangkutkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh lantas mengakhiri upacara hijamahnya.  

                                                                                                           
KELEBIHAN KAMI - 
ANDA TIDAK PERLU MENCUKURKAN RAMBUT & PERALATAN KAMI  DISTERILE
 

Contoh Bekam Yang Dilakukan

Kawasan di bekam angin dahulu.

 Di cucuk menggunakan pen jarum ber spring sedalam 1.5mm. Setiap jarum dibuang selepas selesai setiap rawatan seseorang.

 


 Darah kotor di ambil dan dibuang sebagai bahan buangan berjadual kala (scheduled waste). Setelah selesai, semua 'cup' atau cawan yang digunakan akan dibersihkan dan di 'sterilizekan'.

Charts of Acupuncture Points and Channels